|
| PEMBENTUKAN KATA (
IMBUHAN ASING ) |
| Dengan bertambahnya bidang ilmu dan
ikhtisas yang baharu, sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk
menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutama yang
dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Oleh sebab itu, dari semasa
ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu,
iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama ada
imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya (mempertahankan
bentuk asalnya) atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa
Melayu. Tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa
Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk
asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit
perkataan. Umumnya, kita dapat
membahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan,
mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut. Tiga kumpulan ini ialah:
i) imbuhan Sanskrit
ii) imbuhan Arab
iii) imbuhan Yunani-Latin-Inggeris |
| |
| Imbuhan Sanskrit
Imbuhan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem
tatabahasa bahasa Melayu. Antaranya, seperti
maha-, pra-, dan
panca-, telah menjadi sebati dengan
perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu, sehingga penggunaannya amat
produktif. Tetapi, terdapat juga bentuk imbuhan, seperti
tuna, tri,
dan nita-, yang mana penggunaannya
atau terbitannya tidak begitu produktif.
Imbuhan Sanskrit terbahagi kepada dua:
i) awalan: maha-, tata-, pra-, swa-, panca-,
tuna-, eka-, dwi-, tri-
ii) akhiran: -wan, -man, -wati, -nita |
| Imbuhan awalan Sanskrit |
| a) Awalan maha-
Awalan ini berfungsi melahirkan bentuk
kata adjektif dan kata nama, dan membawa
pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung
Contohnya:
|
maha + rani
maha + dewa
maha + guru
maha + siswa
maha + raja
maha + meru
maha + hakim |
maharani
mahadewa
mahaguru
mahasiswa
maharaja
mahameru
mahahakim |
Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan
daripada jenis maha + kata adjektif
dieja berasingan. Perkataan maha
dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.
Contohnya:
|
maha + mulia
maha + besar
maha + agung |
maha mulia
maha besar
maha agung |
|
| b) Awalan tata-
Bentuk awalan ini digunakan khusus untuk
menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian
suatu susunan atau
peraturan.
Contohnya:
|
tata + tertib
tata + susila
tata + bahasa
tata + cara
tata + nama
tata + hukum
tata + negara
tata + buku
tata + kalimat |
tatatertib
tatasusila
tatabahasa
tatacara
tatanama
tatahukum
tatanegara
tatabuku
tatakalimat |
|
| c) Awalan pra-
Bentuk awalan pra-
ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa
pengertian sebelum
atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.
Contohnya:
|
pra + kata
pra + syarat
pra + sejarah
pra + siswazah
pra + sangka
pra + wacana
pra + universiti
pra + sarana |
prakata
prasyarat
prasejarah
prasiswazah
prasangka
prawacana
prauniversiti
prasarana |
|
| d) Awalan swa-
Awalan swa-
digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberikan makna
sendiri. Awalan ini mempunyai potensi untuk
menjadi awalan yang produktif, walaupun dewasa ini penggunaannya masih
agak terbatas.
Contohnya:
|
swa + daya
swa + asta
swa + sambada
swa + tantra
swa + tenaga
swa + layan
|
swadaya (kekuatan sendiri)
swasta (berdiri sendiri)
swasambada (keperluan sendiri)
swatantra (pemerintahan sendiri)
swatenaga (tenaga sendiri)
swalayan (layan sendiri)
|
|
| e) Awalan tuna-
Awalan ini kurang digunakan dalam bahasa
Melayu, tetapi sering terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tersebut
menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada
atau tidak mempunyai.
Contohnya:
|
tuna + anggota
tuna + netra
tuna + karna
tuna + karya
tuna + wisma
|
tunaanggota (tanpa anggota,cacat)
tunanetra (buta)
tunakarna (tuli)
tunakarya (penganggur)
tunawisma (tiada berumah)
|
|
| f) Awalan eka-,dwi-,tri-,panca-
Bentuk-bentuk di atas ialah bentuk imbuhan
yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian
bilangan, iaitu eka
"satu", dwi "dua",
tri "tiga", dan panca "lima".
Contohnya:
|
eka + bahasa
eka + matra
eka + nada
dwi + fungsi
dwi + bahasa
tri + bulan
tri + windu
panca + indera
panca + sila
|
ekabahasa (satu bahasa)
ekamatra (satu dimensi / berukuran
satu)
ekanada (satu nada)
dwifungsi (dua fungsi)
dwi bahasa (dua bahasa)
tribulan (tiga bulan)
triwindu (tiga windu = 24 tahun)
pancaindera (lima indera)
pancasila (lima dasar)
|
|
| |
| |
| |
| Dipetik daripada buku Tatabahasa Dewan
Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989. |
|
|