| BENTUK KATA MAJMUK |
| Proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa
makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain.
Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk
seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
dipisahkan kepada tiga kelompok, iaitu seperti yang berikut: |
| a) kata majmuk yang
terdiri daripada rangkaian kata bebas
Contohnya:
|
gambar rajah
biru laut
air hujan
jalan raya
nasi minyak
terima kasih
luar biasa
merah muda |
alat tulis
bandar raya
tengah hari
jam tangan
meja tulis
bom tangan
kapal terbang
kuning langsat |
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk
kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya
|
Perdana Menteri
Duta Besar
Raja Muda
Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar |
Ketua Menteri
Naib Censelor
Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara |
|
| b) kata majmuk yang
berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
Contohnya:
|
model linera
garis pusat
lelefon dail terus
lesung sendi
kanta tangan |
mata pelajaran
pita suara
darah panas
kertas kerja
batu kapur |
|
| c) kata majmuk yang
mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
Contohnya:
|
kaki ayam
buah hati
duit kopi
makan angin
pilih kasih |
anak emas
bulan madu
manis mulut
tumbuk rusuk
berat tangan |
|
| Bentuk kata
majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan
kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh,
walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan.
Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:
|
antarabangsa
apabila
apahal
apakata
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada |
kerjasama
manakala
manalagi
olahraga
padahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukacita
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara |
|
| Penggandaan kata
majmuk Penggandaan kata
majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
|
alat-alat tulis
balai-balai raya
suku-suku kata
jirim-jirim organik
Menteri-Menteri Besar
Penolong-Penolong Pendaftar |
gambar-gambar rajah
kapal-kapal terbang
garis-garis pusat
model-model linear
Naib-Naib Censelor
ketua-Ketua Menteri |
Satu kecualian
ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa
dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya
melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
|
anak emas-anak emas
ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan |
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha |
|
| Pengimbuhan kata
majmuk Kata majmuk boleh
menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata
majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan
yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
|
campur aduk
→
bercampur aduk
litar selari
→
berlitar selari
ambil alih
→
mengambil alih
temu bual
→
ditemu bual
daya serap
→
daya serapan |
ii) apabila kata majmuk menerima
imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:
|
campur aduk →
mencampuradukkan
daya serap
→
kedayaserapan
garis pusat
→
mengarispusatkan
satu padu
→
menyatupadukan
tunjuk ajar
→
menunjukajarkan |
|
| |
| Dipetik daripada buku Tatabahasa Dewan
Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989. |