Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
  


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

PENGURUSAN BESTARI

KONSEP SEKOLAH BESTARI

 

Definisi

    Sekolah Bestari ialah institusi pendidikan yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat.

Sejarah

    Sejarah pelaksanaan sekolah bestari dimulakan secara projek percubaan atau projek rintis selama tiga tahun bermula Julai 1999 hingga Julai 2002. Projek ini yang menelan belanja sejumlah 300 juta ringgit melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara.Tiga jenis model atau aras teknologi diperkenalkan iaitu aras A ( model bilik darjah penuh ), aras B+ ( Model bilik darjah terhad ) dan aras B ( Model makmal ).

Fokus

  •     Penekanan kepada kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan amalan   nilai-nilai murni.

  •     Cekap dalam Sains dan Matematik.

  •     Pencapaian ke tahap cemerlang dalam bidang kebolehan individu

  •     Menyumbang kepada perkembangan ilmu

 

Objektif

  •     Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi

  •     Membangunkan intelek , jasmani, emosi dan rohani pelajar.

  •     Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu

  •     mendemokrasikan pendidikan

  •     Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

Komponen Utama

  •     Pengajaran dan Pembelajaran

  •     Pengurusan dan pentadbiran

  •     Sumber Manusia, Kemahiran dan Tanggungjawab

  •     Proses

  •     Teknologi

  •     Dasar

 

 
 
 
 
 
 
 
 

design@iby'07