|
SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage)
kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah
merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan
Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia.
Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua
sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
i.
menyediakan kemudahan infrastruktur dan
perkakasan yang mencukupi
ii.
menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang
lengkap
iii.
memberi latihan yang secukupnya kepada semua
guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen
utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah
melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
i.
projek makmal Komputer Sekolah
ii.
program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
iii.
rangkaian SchoolNet
iv.
rancangan TV pendidikan
v.
projek Rintis Sekolah Bestari
vi.
ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
vii.
mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
viii.
perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
ix.
latihan ICT Guru
x.
pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir
Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara
berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan
keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan
sekolah.
DASAR DAN MATLAMAT
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT
iaitu;
i.
ICT untuk semua pelajar
ii.
ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran,
sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
iii.
ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan
potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan
menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada
STRATEGI PELAKSANAAN
a) Hardware -
Menyediakan hardware yang lengkap dengan mengambil kira
inisiatif sedia ada seperti;
i.
Sekolah Bestari
ii.
Makmal Komputer
iii.
SchoolNet
iv.
PPSMI
v. TV Pendidikan
b)
Software -
Melengkapkan perisian dan bahan-bahan digital seperti;
i.
perisian sistem dan aplikasi
ii.
perisian kursus sekolah bestari
iii.
perisian kursus PPSMI
iv. Program TV Pendidikan
c)
Wetware -
Memberi bimbingan dan latihan;
i.
Asas Penggunaan Komputer
ii.
Penggunaan Kompuiter untuk Pengajaran dan
Pembelajaran
iii.
Penggunaan Perisian Kursus
iv. Penggunaan TV
Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
|