 |
ICT Sumber Maklumat |
|
Pengurusan ICT |
Faedah
Menggunakan Laman Web |
|
|
|
Faedah
Mengguna Laman Web Dalam PnP
Kelebihan
laman web ialah ia
amat mudah untuk
difahami dan diuruskan. Sesiapapun boleh mengendalikan laman web tanpa
kemahiran dalam pengaturcaraan komputer. Maka ia sungguh menarik kepada
guru-guru
yang ingin berkecimpung di dalam dunia IT tetapi belum lagi yakin boleh
mengendalikan sistem komputer atau perisian yang selalunya dianggap susah (computerphobia).
Dengan pengalaman daripada mengguna IT ini, diharapkan kakitangan akademik ini
akan terus mencuba
teknologi maklumat yang lain.
Penerbitan
dalam laman web akan memudahkan
pencarian maklumat
(information retrieval) oleh pelajar. Dari seluruh dunia, sesiapa pun boleh
guna search engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan maklumat
itu boleh dibaca oleh ramai orang secara
serentak.
Penerbitan
dalam Laman Web menetapi sasaran
Pembelajaran Bestari
dalam era
globalisasi.
Bahan-bahan PnP
akan mudah
diperoleh oleh pelawat dari seluruh dunia.
Penerbitan
bercetak mengambil masa yang panjang tetapi dengan laman web, sebaik sahaja
guru-guru
menyiapkan bahagian-bahagian tertentu, beliau boleh terbitkannya untuk faedah
pembaca. Sebarang pindaan juga dapat diterbitkan dengan
cepat.
Penggunaan
teknologi oleh
guru-guru boleh
meringankan kerja
mereka terutamanya untuk memenuhi permintaan pelajar untuk nota-nota
PnP
tercetak. Ia juga boleh
menjimatkan perbelanjaan
dari segi kos dan bahan-bahan untuk mengeluarkan nota bercetak.
Hasil yang
diterbitkan oleh
guru-guru
sendiri akan memberi
kepuasan
kepada mereka (job satisfaction) itu dan seterusnya mendorong beliau untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka. Ia juga boleh menjadi contoh kepada
guru-guru
lain
Penerbitan
nota PnP
serta hasil kerja pelajar di Web Server akan
menambahkan isikandungan
web (Web
content) daripada masyarakat Malaysia untuk faedah seluruh dunia.
# PnP
~ Pengajaran dan Pembelajaran
Dipetik
dan diubahsuai daripada
http://www.hbp.usm.my/itsupport/WebBasedCAI/WEBCAIDiHBP.htm
|