KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.Tel:03-61861701; Faks:03-61871512; Email: pengetua_bea7616@moe.edu.my
  

MENU UTAMA

Laman Utama
Sekolah Bestari
Informasi
ICT
Pautan
Takwim
Album
 


KokurikulumHEMKurikulumPentadbiranProfil SekolahPIBG
   

Pengurusan ICT

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

 

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

 

  1. Peraturan makmal diwujudkan untuk:

1.1      Memaksimunkan penggunaan.

1.2      Meminimunkan risiko penyelewengan dan kerosakan.

1.3      Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran

dan pembelajaran.

1.4      Panduan untuk penggunaan ramai

 

  1. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

2.1      Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam

          makmal.

2.2      Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam

makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

2.3      Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas

terlebih dahulu.

2.4      Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari

makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

2.5      Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.

2.6      Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

2.7      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru

pengawas.

2.8      Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik

atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

2.9     Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian 

          komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal,

laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan

mana-mana suis yang perlu.

2.10         Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada

guru yang bertugas.

2.11         Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

2.12         Dilarang membuat bising di dalam makmal.

2.13         Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang

mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.

2.14         Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.

2.15         Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

2.16         Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak

Boleh disimpan dalam cakera keras.

2.17         Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan

oleh guru.

2.18         Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke

makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

2.19         Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku  

log komputer.

2.20         Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal

Komputer.

 

Kemas kini : 20 Mei 2010

design@iby'07