KM 11 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.Tel:03-61861701; Faks:03-61871512; Email: pengetua_bea7616@moe.edu.my
  

MENU UTAMA

Laman Utama
Sekolah Bestari
Informasi
ICT
Pautan
Takwim
Album
 


KokurikulumHEMKurikulumPentadbiranProfil SekolahPIBG
   

Pengurusan Informasi

PERKHIDMATAN AWAM

 

Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa, semasa dan selagi kami berkhidmat dengan  Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras prkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami:

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab

  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

  • Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan

  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, pegawai awamMalaysia,dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;

Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah

Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cubaa mengugat integriti dan imej pegawai awam;dan

Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yng yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Teras Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab

  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

  • Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan

  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Nilai-nilai Utama Perkhidmatan Awam

  • Taat setia

  • Bertanggungjawab

  • Adil dan saksama

  • Ketepatan masa

  • Akauntabiliti

  • Kepemimpinan berkesan

  • Kreatif dan inovatif

  • Pengurusan diri cemerlang

  • Amanah, bersih dan jujur

  • Berkecuali

  • berprestasi cemerlang/ berkualiti

  • Profesionalisme

  • Kejujuran intelektual

  • Bekerjasama

  • Mengutamakan pelanggan

  • Berusaha memajukan diri

Prinsip utama Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Memanifestasi keyakinan dan keimanan

  • Berasaskan keimanan

  • Ikhlas

  • Adil

  • Menepati larangan dan suruhan

  • Ukuran kecemerlangan

  • Mesyuarat dan muafakat

  • Memelihara prinsip kesepaduan

  • Menghayati martabat pekerja

  • Memelihara martabat pekerja

Nilai Murni Teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia

@ Tonggak Dua Belas ( 12 )

  • Menghargai masa

  • Ketekunan membawa kejayaan

  • Keseronokan bekerja

  • Kesederhanaan

  • Ketinggian peribadi

  • Mengamalkan sikap baik hati

  • Memberi teladan baik

  • Kewajipan menjalankan tugas

  • Kebijaksanaan

  • Kesabaran

  • Bakat digilap

  • Seronok mencipta yang baru

 

Penerapan Nilai, Norma dan Etika perkhidmatan

 

 

Kemas kini : 20 Mei 2010

design@iby'07