Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
  


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Pengurusan Informasi

SAMBUTAN HARI GURU

 

Hari Guru 16 Mei

Tarikh 16hb Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report ) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaun guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru

1972 Peranan Guru dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa untuk Memajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

Reka Bentuk Lambang

Keterangan

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pemgetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur.

Di hadapan buku didaoati reka bentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku ialah guru perempuan dan lelaki yang berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Meeka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara.

Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal yang mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

 

Ikrar Guru

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada masyarakat

dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara

Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa

 

Lagu Guru Malaysia

 

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita

 

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kita semua

 

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta

 

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

 
Minus One Lagu

 

 
 
 
 
 
 
 
 

PENAFIAN:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

design@iby'07