Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
  


Badan Cergas Otak Cerdas  Sekolah Cemerlang

PEN. KANAN KOKURIKULUM

Pengurusan Kokurikulum

 

Konsep Kokurikulum

 

1. Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan ia

    merupakan lanjutan daripada pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar di dalam

    bilik darjah.

2. Kegiatan ini diwajibkan kepada semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar

    diberi peluang sepenuhnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan bagi

    melahirkan warganegara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek.

3. Penglibatan para guru, ibu bapa dan sokongan masyarakat setempat

    merupakan tonggak tercapainya aspirasi yang dilaungkan oleh Falsafah

    Pendidikan Negara.

4. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mencipta peluang dan ruang supaya

    setiap pelajar dapat melibatkan diri dan dapat meningkatkan ketrampilan diri

    dan membina sahsiah yang cemerlang.

Objektif Kokurikulum

1. Melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan berdaya juang tinggi.

2. Melahirkan insan yang seimbang dan mewujudkan masyarakat penyayang.

3. Menjadikan sekolah sebagai tempat rekreasi sumber inspirasi dan sumber ilmu

    pengetahuan.

4. Memaksimunkan penggunaan teknologi maklumat.

5. Memberi peluang sama rata kepada semua pelajar.

6. Menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar mengikut aktiviti yang diwujudkan.

MISI Kokurikulum

* Memastikan kecemerlangan kokurikulum dengan penglibatan aktif pelajar dan guru dengan berusaha

   menjuarai pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisen berteraskan

   penggunaan teknologi maklumat dengan kerjasama komuniti setempat.

* Memberi peluang sama rata kepada semua pelajar.

* Menyediakan ruang dan sentiasa mengambil peluang untuk pelajar mengikuti aktiviti yang diwujudkan.

Matlamat Kokurikulum

1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk survival dalam era globalisasi

2. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar untuk perkembangan sahsah yang cemerlang.

3. Memgelakkan para pelajar dari ancaman dan musuh negara terutamanya dadah dan budaya yang dilarang

    melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menarik dan terancang.

4. Menanamkan semangat kecintaan terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara.

 

 

design@iby'07