|
PERANAN PIBG
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996,
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah
kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu
bapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam
meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di
sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
PIBG juga mempunyai peranan
‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru
di sekolah.
Tujuan-tujuan PIBG adalah:
1. Untuk
mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej
sekolah
2. Untuk
membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
3.
Untuk
membolehkan PIBG dalam sekolah bertukar-tukar fikran dan
maklumat mengenai pendidikan
4.
Untuk memberi peluang
kepada PIBG dalam sekolah berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya
5.
Untuk
membolehkan PIBG dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan
sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan
meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
Fungsi peranan PIBG
adalah:
1. Membantu
dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
2.
Menambah sumber
kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
sekolah
3.
Meningkatkan
kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dengan masyarakat setempat
4. Meningkatkan
keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
|