Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu mula dibina pada
pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 15.4 hektar
dengan anggaran kos sebanyak RM 7 juta. Sekolah ini
mempunyai 12 buah bangunan iaitu 3 blok bilik darjah, 1 blok
makmal, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok rumah
pertanian, 2 blok asrama, kantin, dewan makan, dewan besar
dan surau. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu berstatus
sekolah asrama harian yang pertama di daerah Gombak. Asrama
ini didiami oleh pelajar-pelajar daripada rancangan khas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu ini mula beroperasi
pada 5 Disember 1998.Semua kerja-kerja pentadbirannya
dijalankan buat sementara di pejabat Sekolah Kebangsaan
Sungai Pusu sehingga 28 Disember 1998. Urusan pendaftaran
pelajar-pelajar tingkatan satu bermula pada 21 Disember 1998
hingga 28 Disember 1998.Pada 28 Disember 1998 urusan
pentadbiran berpindah ke pejabat baru sekolah ini. Pada
Januari 1999,sejumlah 260 orang pelajar tingkatan satu mula
belajar di 8 buah kelas di sekolah ini. Seterusnya pada
Julai 1999, Sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk dijadikan salah sebuah Sekolah
Bestari di dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.
School's History
On 5th December 1998, SMK Sungai Pusu
(SMKSP) was opened to the student. All the administration tasks were operated in
the SK Sungai Pusu's office until 28th December 1998. The form 1 registration
was held on 21st December 1998 until 28th December 1998.
The Administration Department was
transferred to the SMK Sungai Pusu's new building on 28th December 1998. In
January 1999 the were 260 form 1 students started their lesson in 8 classes. In
July 1999, SMKSP was selected as one of the Smart School by the Malaysia
Ministry Of Education.