Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
  


IBADAH LENGKAP, SAHSIAH HEBAT, GENERASI MANTAP

WEBMASTER

BIMBINGAN SOLAT

 

Solat atau sembahyang merupakan rukun Islam kedua. Setiap orang yang mengakui dirinya sebagai muslim mestilah menunaikan solat fardu secara periodik (waktu-waktu tertentu), iaitu 5 kali sehari selama hayat dikandung badan.

Penegasan solat seperti yang termaktub dalam Al-Quran telah diulas oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis-hadis yang antaranya adalah seperti berikut:

"Solat tiang agama. Siapa mengerjakannya bererti mendirikan agama. Siapa meninggalkannya bererti meruntuhkan agama" - Hadis riwayat Al-Baihaqy

"Sesungguhnyaamal manusia yang mula-mula dipandang ialah solat. Jika solatnya sempurna, diterimalah solat itu dengan amal-amalnya yang lain. Jika kurang, ditolaklah solat itu dengan amal-amalnya yang lain" - Hadis riwayat Al-Hakim

"Anak kunci syurga ialah solat" - Hadis riwayat Abu Daud

 
Pengertian Solat

Menurut bahasa solah diertikan sebagai doa; menurut syarak ia diertikan sebagai perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat wajib Solat

1. Orang Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Suci daripada haid dan nifas

Syarat-syarat sah Solat

1. Suci badan daripada hadas besar dan hadas kecil

2. Bersih badan, pakaian dan tempat daripada najis

3. Menutup aurat

4. Sudah masuk waktu solat

5. Menghadap kiblat

Rukun-rukun Solat

1. Berdiri bagi yang boleh berdiri

2. Niat

3. Takbiratul Ihram

4. Membaca fatihah

5. Rukuk

6. I'tidal

7. Sujud

8. Duduk antara dua sujud

9. Duduk untuk tasyahud akhir

10. Membaca tasyahud akhir

11. Membaca selawat atas Nabi

12. Mengucap salam

13. Tertib mengikut peraturan yang ditentukan

Perkara-perkara yang membatalkan Solat

1. Berhadas kecil atau besar

2. Terkena najis

3. Berkata-kata dengan sengaja walaupun satu huruf yang mempunyai erti

4. Meninggalkan rukun solat dengan sengaja

5. Ketawa dengan bersuara

6. Bergerak 3 kali berturut-turut

7. Mendahului iman sampai 2 rukun

8. Murtad, keluar daripada Islam

"Sembahyang itu Tiang   Agama.Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya"
"Lahirnya manusia disambut dengan azan, matinya manusia diiringi dengan solat. Antara azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini.."""

PENAFIAN:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

design@iby'07